Isnin, 21 November 2011

Berhati-hati

Rasanya tak ada salahnya berpesan antara kita,terutama sesama islam.......Kepada rakan-rakan serama yang saya kenali mahupun mungkin akan saya kenali kelak saya ingin ingatkan supaya anda berhati-hati jika no ini 0173637202 menghubungi atau mesej untuk jual beli ayam......JANGAN PERCAYA kerana dia hanya mahu menipu anda,tektiknya mudah sahaja....Dia akan transfer duit yang kononnya transfer guna online dari bank lain misalnya kalau anda nak duit itu masuk cimb dia akan transfer melalui maybank then dia cakap transfer problem jika duit masih tak masuk dalam akaun kita dan anda jangan tertipu kerana "PENIPU" ini sanggup bersumpah  dan pandai menggunakan ayat sedih untuk menipu mangsanya.............Harap rakan-rakan semua berhati-hati,dia mungkin boleh guna no lain tetapi tektiknya mungkin sama jadi jangan tertipu

Terima Kasih

Dara di Rumah(Sold)

Isnin, 14 November 2011

Pak Hitam vs Puteri Salju

Adunan terbaru dan akan menjadi baka teras untuk reban serama Krule,kedua-duanya menpunyai ciri,patern dan baka berbeza....Mintak-mintak la anak-anak mereka nunti akan mewarisi semua ciri mereka,Amin



Rabu, 9 November 2011

Alhamdullilah....Aminn

Jujur saya katakan time beli dulu saya memang tak mengharapkan apa-apa,saya beli pun sebab saya betul-betul minat ayam selam(tuan dia pun tak nak jual takut ayam tak buahkan hasil tapi pujuk punya pujuk akhirnya lepas juga,ape2 pun terima kasih atas sifat jujur dan nak juga lepas untuk saya )...Dengan mata yang boleh dikatakan 90% rabun dan tahap uzur yang agak 50-50 jangan kata nak buat tanding nak buat baka pun berat sangat,huhu tapi Alhamdullilah setelah diberi ubat vitamin dan ubat mata yang dihadiahkan dari seorang kawan dari Perlis,memang mengejutkan,mata dah boleh dikatakan 70% dah sembuh dan paling menggembira kan saya ayam dah boleh naik ibu didepan mata saya :)

Pic terbaru Sri Penghulu





Makin sihat makin selam menjunam lak dia,hehehe tapi saya tak letak ibu lagi,bagi dia sembuh betul2 dulu,bagi dia rehat seminggu dua lagi :)