Rabu, 24 Ogos 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

Memandang kan esok dah start cuti jadi dalam kesibukkan sempena hari raya yang akan tiba tak lama lagi...saya ingin mengucapkan selamat hari raya AIDILFITRI kepada semua umat islam terutamanya geng2 serama:)

Dalam menghitung hari untuk merayakan Hari raya,alhamdullilah hasil dari Osama vs induk gila telah menambahkan seekor lagi 'rakyat' kat reban'hehehe

Anak Asli Osama sebab induk first time bertelor dan tak penah letak dengan jantan lain


Pic terkini Osama...Masih Anggun,cuma dah kurang selam sebab dah lama sereban dengan induk

Tapi gaya lonjak dada,kibas dan garang tak penah hilang,hehehe

Selasa, 9 Ogos 2011

Moga-Moga

Moga-moga anak Osama yang saya bagi nama Sang Pewaris akan mengikut jejak osama suatu hari nunti...Amin


Ni pic Osama time Muda dulu....Terangkat beb,hehehe

Ahad, 7 Ogos 2011

Pic terkini remaja untuk Dijual(Sold)

Walaupun belum parking betul2 lagi tapi kalau sesekali dia buat agak cun gak.....Makin hari makin bergaya lak :) tapi saya still tekadkan hati nak jual gak :)

Sempena perayaan yang akan tiba ni saya ingin buat promosi,hehehe Kalau ada sesiapa yang betul2 berminat boleh kurang sampai terjual,hehehe

Rabu, 3 Ogos 2011

Remaja untuk dijual.....



Sempena Bulan yang penuh dengan keberkatan ini,saya ingin menjual remaja saya dan pembelian ini akan disertakan seekor induk percuma dari saya:) saya ingat nak simpan,sebab remaja ini baru tengah datang perangai dan insyaallah akan selam,kerana ibu dan bapaknya selam(kata tuan asalnya) tujuan saya jual kerana saya rasa ingin beri tumpuan dan membiakkan baka Osama shaja selepas ini.....insyaAllah :)

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Bulan Seribu Keberkatan

Salam kepada semua umat Islam di SEluruh Dunia.....Selamat menyambut bulan Ramadhan,bulan yang penuh dengan Keberkatan dan dijanjikan kenikmatan bersama gandaan pahala jika melakukan perkara yang diwajibkan mahupun yang disunatkan,Amin

Alhamdullilah,rezeki bulan puasa....ketiga-tiga induk di reban dah mula tunjukkan hasil,induk galah dah mula mengeram,induk merpati pun dah mula bertelor manakala induk reban yang kini sedang dikahwinkan dengan bapak Ara pun dah start bertelor.....Mintak2 la semua akan mendatangkan hasil dan rezeki,AMIN