Ahad, 16 Ogos 2015

Alhamdullilah

Alhamdullilah,rezeki Tuhan
First anak Grey Boy :)



Menetas 3 ekor dalam seminggu sudah,
Minta-minta ada yang akan ikut patern dan warna Grey Boy

Ahad, 2 Ogos 2015

Next Project untuk Grey Boy

Induk Tarik Selam dan Induk dara dari reban Isham


Alhamdullilah dah bertelur 2 biji


Induk abg isham masih belum bertelur

STYLO vs BPR vs GREY BOY

Saya bukan Game Player,
dan tak tahu macam mana ciri-ciri yang perlu ada untuk title champion atau BOTB
Tapi memiliki Grey Boy dan penah memiliki ayam legend seperti BPR dan STYLO memang puas hati :)
Time beli 3 ekor ni malam tido tak lena juga,hahahaha
Campur harga 3 ekor ni lepas la nak bayar duit muka kereta,hehehe
Takut jadi apa-apa rugi teruk kut
First ayam game STYLO,saya beli dari otai dari nibong
kemudian BPR
Alhamdullilah,BPR memang berjasa anak-anak yang turun kat rumah kebanyakkan memang puas hati
Sekarang tengah tunggu hasil dari Grey Boy pula :)
Minta-minta Allah memurahkan rezeki,Amin
Dapat Turun anak-anak cun




Selasa, 21 Julai 2015

Seramat Hari Raya

Selamat Hari Raya saya ucapkan mewakili diri saya dan keluarga


Alhamdullilah,projek Grey Boy berjalan lancar,
Dah 2 induk masuk mengeram,
Sekarang Grey Boy direhatkan dulu sementara nak masukkan induk baru :)


Induk Slim Tarik
(6 biji)


Induk Dada Besar dan Tinggi
(7 biji)


Baru lepas mandi
Bagi rehat dulu seminggu sambil mencari induk baru untuk disatukan


Ahad, 5 Julai 2015

Alhamdullah

Alhamdullilah,dapat juga cari pasangan untuk Grey Boy...........Mula-mula cari dara slim tak layan,induk selam pun tak layan,rupanya nak juga satu baka dengan dia,hehehe




Induk tarik,kaki tinggi dan leher panjang
Moga-moga dapat anak sedap mata

Ahad, 7 Jun 2015

Start Projek untuk 2015

Mandi pun dah,jadi mula la projek 2015
Minta-minta dapat turun anak-anak patern dan warna  sama seperti Grey Boy,
Amin



Ahad, 31 Mei 2015

Bila semangat dah berkobar-kobar,hehehehe

1.Rumput dah racun
2.Lalang dah tebang
3.malam pun reban dah cerah

Insya Allah kalau ada rezeki lebih,SK akan terjah reban-reban area utara nak cari pembaka dan induk,hehehehe