Isnin, 26 September 2011

Adunan BAru :)

Selepas menjual beberapa ekor penghuni reban yang telah lama berbakti dan anak2 yang agak bergaya saya telah membeli semula baka2 baru untuk meneruskan hobi yang semakin lama semakin dekat ngan hati saya ni :) Mintak2 pembelian baru saya ini dapat terus menghibur dan menberi rezeki kepada saya............Amin :)

Sri MAs Kuning(Sold)

Baka Perahu Siam
Dada Besar
Umur dalam Setahun

Sri Ayu (Sold)
i :SElam
ii:Bertelur Cantik :)

Sri Penunggu(Penganti Induk Reban)
Ciri2 :
i : Saiz A
ii : Dada Besar
iii : Bertelur CAntik :)

Tak penah letak atas meja(tuan lama pun buat baka jew) Sebab tu nampak takut jew atas meja,hehe

Ahad, 18 September 2011

Terima Kasih & Renung2 kan

Hari ini saya nak berterima kasih kepada kawan-kawan baru yang berminat dan membeli ayam saya yang tak seberapa ini & seringkas pendapat tentang harga ayam yang dikemukakan dalam blog sahabat kita
Sold to Kuala Kangsar


Dan 3 ekor anak Osama dijual ke KL...Terima kasih banyak saya ucapkan

Berbalik kepada Seringkas pendapat saya,tepuk dada tanya selera la kawan.....Beli Bapak beribu n beli induk beratus tak kan anak2 nak jual rm50-150? Induk lak yang dah pandai bertelur package dengan anak takkan nak jual 150-250 sedangkan dara pun orang jual rm 200-300(tu pun belum tentu bertelur cantik dan pandai mengeram) tambah dengann kos hantar cuba kira adakah Berbaloi jangan alasankan Rezeki Allah,kalau betul la dapat berfikir macam itu beli la dan biakkan mungkin lepas ni rezeki kita pulak....Dan jangan la kita asyik mengata orang ambik kesempatan kepada kita kalau kita sendiri suka ambik kesempatan pada orang dengan meletakkan harga yang terlalu rendah sehingga kan merugikan orang lain tidakkah itu salah satu cara melemahkan semangat dan menutup pintu rezeki orang....Renung-renungkan dan selamat beramal

Isnin, 5 September 2011

Rezeki Raya

Alhamdullilah,rezeki raya :) Hasil gabungan baka kijang+0sama+Induk reban,menetaslah anak2 yang comel2 pada raya pertama dan raya kedua :)

Rabu, 24 Ogos 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

Memandang kan esok dah start cuti jadi dalam kesibukkan sempena hari raya yang akan tiba tak lama lagi...saya ingin mengucapkan selamat hari raya AIDILFITRI kepada semua umat islam terutamanya geng2 serama:)

Dalam menghitung hari untuk merayakan Hari raya,alhamdullilah hasil dari Osama vs induk gila telah menambahkan seekor lagi 'rakyat' kat reban'hehehe

Anak Asli Osama sebab induk first time bertelor dan tak penah letak dengan jantan lain


Pic terkini Osama...Masih Anggun,cuma dah kurang selam sebab dah lama sereban dengan induk

Tapi gaya lonjak dada,kibas dan garang tak penah hilang,hehehe

Selasa, 9 Ogos 2011

Moga-Moga

Moga-moga anak Osama yang saya bagi nama Sang Pewaris akan mengikut jejak osama suatu hari nunti...Amin


Ni pic Osama time Muda dulu....Terangkat beb,hehehe

Ahad, 7 Ogos 2011

Pic terkini remaja untuk Dijual(Sold)

Walaupun belum parking betul2 lagi tapi kalau sesekali dia buat agak cun gak.....Makin hari makin bergaya lak :) tapi saya still tekadkan hati nak jual gak :)

Sempena perayaan yang akan tiba ni saya ingin buat promosi,hehehe Kalau ada sesiapa yang betul2 berminat boleh kurang sampai terjual,hehehe

Rabu, 3 Ogos 2011

Remaja untuk dijual.....



Sempena Bulan yang penuh dengan keberkatan ini,saya ingin menjual remaja saya dan pembelian ini akan disertakan seekor induk percuma dari saya:) saya ingat nak simpan,sebab remaja ini baru tengah datang perangai dan insyaallah akan selam,kerana ibu dan bapaknya selam(kata tuan asalnya) tujuan saya jual kerana saya rasa ingin beri tumpuan dan membiakkan baka Osama shaja selepas ini.....insyaAllah :)