Jumaat, 16 Ogos 2013

HULK(U-Turn)

Secara Rasminya,Hulk akan menjadi seekor lagi Pembaka Di Reban Serama Krule :)
Sebenarnya Hulk dibeli sebelum raya lagi,mulanya memang tak bercadang nak ambil tapi atas sebab-sebab tertentu saya ambil juga HULK ini.......Uniknya HULK,kalau dengan induk nampak biasa-biasa sahaja tapi kalau letak atas meja atau ternampak jantan lain memang mendada,lonjak dan Selam habis,hehehe
Jadi bolek kut jadi pengganti BPR,hehehehe



Sekarang tengah try dengan Induk Kesayangan dan dah bertelur 3 biji,Alhamdullilah

Ahad, 11 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada rakan-rakan khursusnya kepada sahabat-sahabat serama,Tahun ini saya beraya di Alor Setar,kalau turun sini sudi-sudikan lah beraya di rumah.......nak datang call dulu ok just takut tak ada dirumah

Dan saya ingin berkongsi Pembaka yang akan menjadi Pembaka Utama Reban(setelah BPR dan Pak Hitam bertukar geran)Pembaka Baru yang saya namakan SRI ARIA




Ayam saiz a,masih muda....Harapannya minta-minta makin MENYELAM laaaaa,hehehehe

Note : Sebenarnya sudah ada pengganti BPR,tapi simpan dulu sebab nunti kalau semua masuk sekali tak ada nak post pulak lepas ini,hehehe


















Khamis, 1 Ogos 2013

BPR jr untuk dijual(sold)

Saya ingin buka jualan  BPR jr saya(anak pure BPR feat Induk Kesayangan).........
Dari anak b lagi BPR jr dah mula nak selam dan last gambar tarik sebelum galak seperti gambar dibawah
Tapi semenjak saya tinggal di rumah mak mentua(isteri berpantang disana) saya asyik bagi makan sahaja,selang 3hari.......Sekarang memang tengah galak,seperti video di bawah,bulu pun serabut sahaja(dah lama tak bagi mandi)......Sesekali dia buat memang Lempar Sayap,Tarik dan Lonjak Dada(sebijik macam BPR) Mula- mula ingat nak simpan,tapi fikir-fikir semula lepas sahaja la kepada sesiapa yang berminat.....
Lagipun sekarang saya memang sibuk kerja,tak pandai nak training dan sekarang memang bagi makan sahaja

Tapi jujur cakap,kalau diasuh,bagi mandi dan betul ekor insya Allah kalau rezeki Tuhan cantik ayam ini
Kepada sesiapa yang berminat SMS/CALL la saya 0125452789
Siapa cepat dia dapat





Ahad, 28 Julai 2013

Induk for sales(Free dara saiz aa sekor) (SOLD)

Sempena bulan mulia ini saya ingin offer seekor dara untuk dijual dan free give dara sekor
Berminat Call/SMS saya 0125452789

Ahad, 14 Julai 2013

Jualan Dara SELAM(SOLD)

Jualan Ramadhan,hehehe saya ingin menjual seekor dara selam dan hadiah anak B sedarah dengan BPR
berminat boleh mesej saya 0125452789

 




Ahad, 7 Julai 2013

BPR Jr

Salam,dah lama rasanya tak update blog kerana memang Bz sekarang melayan Puteri sulung saya yang baru dilahirkan,Alhamdullilah

Kemarin sempat la belek-belek serama sekejap kalau tak memang bagi makan jew,bila duk perati2 ada jugak sekor yang sedap mata memandang iaitu anak pure BPR vs Induk Kesayangan.....Saya namakan BPR jr,minta2 la boleh jadi seperti bapaknya


Disamping itu saya Khairol ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA RAKAN-RAKAN SEKALIAN

Rabu, 19 Jun 2013

Alhamdullilah.........

Tiada yang lebih gembira bagi peminat serama daripada KEGEMBIRAAN pembeli atas hasil keluaran reban sendiri

Pic yang dihantar dari seorang sahabat hasil daripada BPR vs Induk kesayangan

Ada lagi anak-anak BPR di FB,tapi belum minta kebenaran nak post dalam Blog
Geran dah bertukar jadi apa-apa kena la minta kebenaran dulu,hehe