Sabtu, 31 Disember 2011

Rinting

Sedihnya rasa bila terpaksa lepaskan rinting demi pembaka baru,tapi saya redha dengan harapan Tuan barunya akan jaga rinting ni baik-baik


Selamat Tahun Baru semoga tahun 2012 ini akan jadi tahun bertuah kepada hidup saya dan akan menjadi Titik Mula untuk memperbagaikan baka di reban.....Pembaka baru akan saya postkan nunti k:)

Khamis, 29 Disember 2011

Rinting

Salam.....sebenarnya saya mencari-cari rinting mas tapi susah betul nak dapat yang ada harga tinggi sangat ataupun tuan empunya taknak lepas,cari punya cari akhirnya dapat la juga sekor tapi bukan rinting mas....But no hal la janji rinting,hehe



Yang unitnya rinting ni Tuan Empunya dulu cakap ayam ni memang akan jadi aa sebab abgnya dah masuk remaja,saya men"ia"kan sahaja....tapi yang lebih menggembirakan member datang tengok baru-baru ini,dia pun cakap ayam ni akan jadi aa...Alhamdullilah:)

Selasa, 27 Disember 2011

Reserve tapi tak ambik

Ada sahabat kita dari KL reserve dara ni tapi last-last tak jadi ambik.....nak lepas rm200 jew sebab dia dah banyak kali ambik ayam saya,mungkin dia dah ambik ayam lain kut sebab tu takjadi ambik ayam2 huduh kita...TApi takpa la,dara inipun akan jadi induk reban tahun depan...mana la tau anak turun cantik mungkin tu la HIKMAH nya

Induk gegar nak selam ke tak Tepuk Dada Tanye La Hati,hehe

Isnin, 26 Disember 2011

Patern 2012,hehe Usain Bolt(Sold)

Mula-mula 50-50 juga nak beli,hehe tapi bila duk perhati kakinya yang tinggi dan tengkoknya yang panjang dan semakin ke belakang jadi tutup mata beli la juga walaupun harganya agak tinggi...minta-minta bila dah sampai waktu nunti Usain Bolt berubah bentuk yang buatkan saya gembira dan bangga,hehehehe


Usian Bolt diberi nama kerana kakinya yang memang tinggi :)

"Alhamdullilah"mungkin Rezeki 2012

Mungkin rezeki tahun depan,ibu pun dah mengeram....Amin
Pak Hitam yang kuat kibas vs Sri Mahsuri yang Selam Menyelam-menyelam,hehe
minta-minta la diorang menjadi :)



Jumaat, 23 Disember 2011

Bebelan Akhir Tahun,hehe

Tak dinafikan memang sayang dan sedih kerana banyak juga ayam huduh-huduh dalam reban saya dijual pada hujung tahun ini.....Terima Kasih kepada pembeli kerana sudi beli ayam huduh saya,dalam masa yang sama saya juga mencari dan telah membeli beberapa ekor ayam untuk projek tahun 2012 tapi anak-anak berlunjur jew la sebab mana mampu nak beli yang mahal-mahal,huhu Akhir-akhir ini saya agak tertarik dengan warna rintik mas tapi susah betul nak jumpa,dah jumpa owner tak nak jual pulak......Tapi last-last jumpa la jugak sekor(Anak) tapi bukan rinting mas,tapi takpa la,janji rinting,hehe terima kasih pada owner lama sebab sudi jual dan saya juga baru beli juga anak b patern tinggi tapi macam biasa berlunjur jew.....Akhir sekali dara-dara juga baru sahaja dibeli dengan kawan2 yang juga aktif dalam arena serama ni,tapi semua biasa-biasa sahaja
InsyaAllah saya akan uploadkan gambar dan video ayam-ayam huduh saya nunti:)

Selasa, 20 Disember 2011

Induk Baldu & Remaja Marine

Induk Baiduri & Remaja Marine

Baru lepas mandi setelah lama sesangkar dengan pembaka


Remaja marine baru nak datang perangai(SOLD)

Ahad, 18 Disember 2011

induk berlunjur untuk dijual(Sold)

Sy ada sekor induk untuk dijual,induk belunjur untuk pembakaan...bertelur cantik dan mengeram harga dalam rm150(ambik sendiri kalau hntar tambh duit bus) nak clear stok jew

Selasa, 13 Disember 2011

Induk saiz a untuk dijual

SOLD 2 JOHOR(TQ)



Induk saiz a dan dah bertelur 4 kali...berminat call saya 0125452789

Isnin, 21 November 2011

Berhati-hati

Rasanya tak ada salahnya berpesan antara kita,terutama sesama islam.......Kepada rakan-rakan serama yang saya kenali mahupun mungkin akan saya kenali kelak saya ingin ingatkan supaya anda berhati-hati jika no ini 0173637202 menghubungi atau mesej untuk jual beli ayam......JANGAN PERCAYA kerana dia hanya mahu menipu anda,tektiknya mudah sahaja....Dia akan transfer duit yang kononnya transfer guna online dari bank lain misalnya kalau anda nak duit itu masuk cimb dia akan transfer melalui maybank then dia cakap transfer problem jika duit masih tak masuk dalam akaun kita dan anda jangan tertipu kerana "PENIPU" ini sanggup bersumpah  dan pandai menggunakan ayat sedih untuk menipu mangsanya.............Harap rakan-rakan semua berhati-hati,dia mungkin boleh guna no lain tetapi tektiknya mungkin sama jadi jangan tertipu

Terima Kasih

Dara di Rumah(Sold)

Isnin, 14 November 2011

Pak Hitam vs Puteri Salju

Adunan terbaru dan akan menjadi baka teras untuk reban serama Krule,kedua-duanya menpunyai ciri,patern dan baka berbeza....Mintak-mintak la anak-anak mereka nunti akan mewarisi semua ciri mereka,Amin



Rabu, 9 November 2011

Alhamdullilah....Aminn

Jujur saya katakan time beli dulu saya memang tak mengharapkan apa-apa,saya beli pun sebab saya betul-betul minat ayam selam(tuan dia pun tak nak jual takut ayam tak buahkan hasil tapi pujuk punya pujuk akhirnya lepas juga,ape2 pun terima kasih atas sifat jujur dan nak juga lepas untuk saya )...Dengan mata yang boleh dikatakan 90% rabun dan tahap uzur yang agak 50-50 jangan kata nak buat tanding nak buat baka pun berat sangat,huhu tapi Alhamdullilah setelah diberi ubat vitamin dan ubat mata yang dihadiahkan dari seorang kawan dari Perlis,memang mengejutkan,mata dah boleh dikatakan 70% dah sembuh dan paling menggembira kan saya ayam dah boleh naik ibu didepan mata saya :)

Pic terbaru Sri Penghulu





Makin sihat makin selam menjunam lak dia,hehehe tapi saya tak letak ibu lagi,bagi dia sembuh betul2 dulu,bagi dia rehat seminggu dua lagi :)

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tok Penghulu Reban

Sri Penghulu



Time bawa balik memang tak sihat...tapi alhamdullilah berkat kesabaran,skang dah makin segar :)

Khamis, 13 Oktober 2011

Urgent Sales(Kalau berminat boleh terus masej saya 012-5452789)

Saya ingin menjual ayam boleh dibuat tanding(tapi perlu dilatih terlebih dahulu) dan juga boleh dibuat baka(Tip Top kerana ayam extra galak dan garang :) ) Sebenarnya sayang nak jual tapi bila upgrade reban nampak dah terlalu banyak ayam la lagi pun dah ada pelapis(SOLD)

Gambar Osama masa muda sehingga sekarang





Saya tak penah masuk pertanding jadi osama tak penah la merasa bergaya di meja pengadil tapi tuan baru nya nunti bpleh la trim dan latih,ayam kuat berkepak dan lonjak dada

Selasa, 11 Oktober 2011

Upgrade

Dah lama rasanya tak update blog,bz sikit sekarang sebab 2 3 minggu sebelum ni saya ulang-alik kangar ke alor setar....Pertama sekali terima kasih kepada buyer2 yang sudi beli penghuni2 reban saya yang tak seberapa ini,walaupun sayang tapi kena la jual juga untuk menampung pembelanjaan pindah....Tapi sekarang duit claim pindah dah masuk baru start cari ayam balik,hehehe Post kali ini just nak kongsi dengan peminat2 serama lain yang sudi melayar blog huduh saya ni ayam2 baru yang bakal menjadi teras dan penghuni sementara di reban saya :)

Mawar Berduri
Sikit lagi
Dah Selam,hehehe
Dibeli dari seorang sahabat dari Guar,Tq Bro
Sekarang tengah bertelur

Anak A & B...tak tau la nak jadi apa nunti,hehehe(Sold)

Isnin, 26 September 2011

Adunan BAru :)

Selepas menjual beberapa ekor penghuni reban yang telah lama berbakti dan anak2 yang agak bergaya saya telah membeli semula baka2 baru untuk meneruskan hobi yang semakin lama semakin dekat ngan hati saya ni :) Mintak2 pembelian baru saya ini dapat terus menghibur dan menberi rezeki kepada saya............Amin :)

Sri MAs Kuning(Sold)

Baka Perahu Siam
Dada Besar
Umur dalam Setahun

Sri Ayu (Sold)
i :SElam
ii:Bertelur Cantik :)

Sri Penunggu(Penganti Induk Reban)
Ciri2 :
i : Saiz A
ii : Dada Besar
iii : Bertelur CAntik :)

Tak penah letak atas meja(tuan lama pun buat baka jew) Sebab tu nampak takut jew atas meja,hehe

Ahad, 18 September 2011

Terima Kasih & Renung2 kan

Hari ini saya nak berterima kasih kepada kawan-kawan baru yang berminat dan membeli ayam saya yang tak seberapa ini & seringkas pendapat tentang harga ayam yang dikemukakan dalam blog sahabat kita
Sold to Kuala Kangsar


Dan 3 ekor anak Osama dijual ke KL...Terima kasih banyak saya ucapkan

Berbalik kepada Seringkas pendapat saya,tepuk dada tanya selera la kawan.....Beli Bapak beribu n beli induk beratus tak kan anak2 nak jual rm50-150? Induk lak yang dah pandai bertelur package dengan anak takkan nak jual 150-250 sedangkan dara pun orang jual rm 200-300(tu pun belum tentu bertelur cantik dan pandai mengeram) tambah dengann kos hantar cuba kira adakah Berbaloi jangan alasankan Rezeki Allah,kalau betul la dapat berfikir macam itu beli la dan biakkan mungkin lepas ni rezeki kita pulak....Dan jangan la kita asyik mengata orang ambik kesempatan kepada kita kalau kita sendiri suka ambik kesempatan pada orang dengan meletakkan harga yang terlalu rendah sehingga kan merugikan orang lain tidakkah itu salah satu cara melemahkan semangat dan menutup pintu rezeki orang....Renung-renungkan dan selamat beramal

Isnin, 5 September 2011

Rezeki Raya

Alhamdullilah,rezeki raya :) Hasil gabungan baka kijang+0sama+Induk reban,menetaslah anak2 yang comel2 pada raya pertama dan raya kedua :)

Rabu, 24 Ogos 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

Memandang kan esok dah start cuti jadi dalam kesibukkan sempena hari raya yang akan tiba tak lama lagi...saya ingin mengucapkan selamat hari raya AIDILFITRI kepada semua umat islam terutamanya geng2 serama:)

Dalam menghitung hari untuk merayakan Hari raya,alhamdullilah hasil dari Osama vs induk gila telah menambahkan seekor lagi 'rakyat' kat reban'hehehe

Anak Asli Osama sebab induk first time bertelor dan tak penah letak dengan jantan lain


Pic terkini Osama...Masih Anggun,cuma dah kurang selam sebab dah lama sereban dengan induk

Tapi gaya lonjak dada,kibas dan garang tak penah hilang,hehehe

Selasa, 9 Ogos 2011

Moga-Moga

Moga-moga anak Osama yang saya bagi nama Sang Pewaris akan mengikut jejak osama suatu hari nunti...Amin


Ni pic Osama time Muda dulu....Terangkat beb,hehehe