Jumaat, 23 Disember 2011

Bebelan Akhir Tahun,hehe

Tak dinafikan memang sayang dan sedih kerana banyak juga ayam huduh-huduh dalam reban saya dijual pada hujung tahun ini.....Terima Kasih kepada pembeli kerana sudi beli ayam huduh saya,dalam masa yang sama saya juga mencari dan telah membeli beberapa ekor ayam untuk projek tahun 2012 tapi anak-anak berlunjur jew la sebab mana mampu nak beli yang mahal-mahal,huhu Akhir-akhir ini saya agak tertarik dengan warna rintik mas tapi susah betul nak jumpa,dah jumpa owner tak nak jual pulak......Tapi last-last jumpa la jugak sekor(Anak) tapi bukan rinting mas,tapi takpa la,janji rinting,hehe terima kasih pada owner lama sebab sudi jual dan saya juga baru beli juga anak b patern tinggi tapi macam biasa berlunjur jew.....Akhir sekali dara-dara juga baru sahaja dibeli dengan kawan2 yang juga aktif dalam arena serama ni,tapi semua biasa-biasa sahaja
InsyaAllah saya akan uploadkan gambar dan video ayam-ayam huduh saya nunti:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan