Rabu, 18 Disember 2013

Alhamdullilah(Projek 2014)

Alhamdullilah dah start bertelur induk projek 2014,Voltraxx vs Sri Mak Dara






Gabungan cutting tinggi,selam,lonjak dada,ketaq dan balong bergigi
Kalau Rezeki Allah ada kut yang sedap mata memandang nunti,Amin
Insya Allah kalau ada yang sedap mata memandang akan aku kirim ke Nibong,hehehe 

Selasa, 10 Disember 2013

Alhamdullilah

Syukur Alhamdullilah,bagi saya tiada apa yang paling best dalam dunia serama ini melainkan anak reban yang kita jual menjadi di rumah pembelinya........Tahniah kepada seorang sahabat di SP,dah rezeki anda




Anak kepada pembaka SG di rumah



Rabu, 13 November 2013

Projek 2014 " VOLTRAXX "

Alhamdullilah,setelah banyak ayam "dilepaskan" ingat nak slow down dalam Serama ni,tapi tiba-tiba ada offer dari "Sahabat" di nibong,hehehe Soalan mudah,nak tak pembaka muda "Se-Bapak dan Se -Induk" dengan Warlork,nak pendek cerita adik Warlork la, jadi apa lagi dah rezeki,hehehe Kita rembat je la,hehehe

Cutting Slim,Tinggi,Kuat Kibas,aktif dan Bulu Rapat
jadi memang sesuai kut buat baka




Pic Warlock(Ehsan dari FB abg Isham)
memang terbaik
patern kegemaran saya,Tinggi dan Selam


Khamis, 17 Oktober 2013

Anak- anak betina untuk dilepaskan(sold)

As'Salam............Saya ingin menjual anak-anak betina 3 sekaligus,darah raja ara dan sami
ayam ok dan ada patern tapi dah lama asyik bagi makan shaja jadi ayam jadi takut-takut,hehehehe
Berminat sms saya 0125452789



Khamis, 3 Oktober 2013

Taikosan




Pembaka Utama yang akan berganding bersama Black Kaiser untuk turun baka di reban baru di Perlis
Darah Sami,patern menarik,ayam tinggi,kuat kibas dan warna kegemaran saya,hehehehe


Letak Pic time muda,sebab pic sekarang tengok pun tak lalu,hehehehe
sebab ayam penah sakit teruk dulu,tapi takpa la janji anak turun cantik,heheheeh

                                    Salah seekor yang penuh diturunkan oleh Pembaka ini,hehehe



Selasa, 17 September 2013

Pasangan projek akhir tahun(Black Kaiser Feat Emma Maembong) (SOLD)


Pasangan projek akhir tahun,Harap-harap anak menjadi la......



Sekarang tengah breed masukkan ibu kawan pawah untuk Black Kaiser & Induk Emma Maembong pulak tengah disatukan dengan bapak Sami G......

Jumaat, 13 September 2013

Muda Untuk Dijual(sold)

Saya ada seekor ayam muda untuk dijual.......Ayam Slim,lonjak dada dan selam
Tapi kena rajin training dalam serkup dan selalu pegang,sebab jarang pegang sibuk kerja
berminat sms saya 0125452789

Jumaat, 16 Ogos 2013

HULK(U-Turn)

Secara Rasminya,Hulk akan menjadi seekor lagi Pembaka Di Reban Serama Krule :)
Sebenarnya Hulk dibeli sebelum raya lagi,mulanya memang tak bercadang nak ambil tapi atas sebab-sebab tertentu saya ambil juga HULK ini.......Uniknya HULK,kalau dengan induk nampak biasa-biasa sahaja tapi kalau letak atas meja atau ternampak jantan lain memang mendada,lonjak dan Selam habis,hehehe
Jadi bolek kut jadi pengganti BPR,hehehehe



Sekarang tengah try dengan Induk Kesayangan dan dah bertelur 3 biji,Alhamdullilah

Ahad, 11 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada rakan-rakan khursusnya kepada sahabat-sahabat serama,Tahun ini saya beraya di Alor Setar,kalau turun sini sudi-sudikan lah beraya di rumah.......nak datang call dulu ok just takut tak ada dirumah

Dan saya ingin berkongsi Pembaka yang akan menjadi Pembaka Utama Reban(setelah BPR dan Pak Hitam bertukar geran)Pembaka Baru yang saya namakan SRI ARIA




Ayam saiz a,masih muda....Harapannya minta-minta makin MENYELAM laaaaa,hehehehe

Note : Sebenarnya sudah ada pengganti BPR,tapi simpan dulu sebab nunti kalau semua masuk sekali tak ada nak post pulak lepas ini,hehehe


















Khamis, 1 Ogos 2013

BPR jr untuk dijual(sold)

Saya ingin buka jualan  BPR jr saya(anak pure BPR feat Induk Kesayangan).........
Dari anak b lagi BPR jr dah mula nak selam dan last gambar tarik sebelum galak seperti gambar dibawah
Tapi semenjak saya tinggal di rumah mak mentua(isteri berpantang disana) saya asyik bagi makan sahaja,selang 3hari.......Sekarang memang tengah galak,seperti video di bawah,bulu pun serabut sahaja(dah lama tak bagi mandi)......Sesekali dia buat memang Lempar Sayap,Tarik dan Lonjak Dada(sebijik macam BPR) Mula- mula ingat nak simpan,tapi fikir-fikir semula lepas sahaja la kepada sesiapa yang berminat.....
Lagipun sekarang saya memang sibuk kerja,tak pandai nak training dan sekarang memang bagi makan sahaja

Tapi jujur cakap,kalau diasuh,bagi mandi dan betul ekor insya Allah kalau rezeki Tuhan cantik ayam ini
Kepada sesiapa yang berminat SMS/CALL la saya 0125452789
Siapa cepat dia dapat





Ahad, 28 Julai 2013

Induk for sales(Free dara saiz aa sekor) (SOLD)

Sempena bulan mulia ini saya ingin offer seekor dara untuk dijual dan free give dara sekor
Berminat Call/SMS saya 0125452789

Ahad, 14 Julai 2013

Jualan Dara SELAM(SOLD)

Jualan Ramadhan,hehehe saya ingin menjual seekor dara selam dan hadiah anak B sedarah dengan BPR
berminat boleh mesej saya 0125452789

 




Ahad, 7 Julai 2013

BPR Jr

Salam,dah lama rasanya tak update blog kerana memang Bz sekarang melayan Puteri sulung saya yang baru dilahirkan,Alhamdullilah

Kemarin sempat la belek-belek serama sekejap kalau tak memang bagi makan jew,bila duk perati2 ada jugak sekor yang sedap mata memandang iaitu anak pure BPR vs Induk Kesayangan.....Saya namakan BPR jr,minta2 la boleh jadi seperti bapaknya


Disamping itu saya Khairol ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA RAKAN-RAKAN SEKALIAN

Rabu, 19 Jun 2013

Alhamdullilah.........

Tiada yang lebih gembira bagi peminat serama daripada KEGEMBIRAAN pembeli atas hasil keluaran reban sendiri

Pic yang dihantar dari seorang sahabat hasil daripada BPR vs Induk kesayangan

Ada lagi anak-anak BPR di FB,tapi belum minta kebenaran nak post dalam Blog
Geran dah bertukar jadi apa-apa kena la minta kebenaran dulu,hehe

Ahad, 26 Mei 2013

Otai Masih Berbisa,hehehehe

Setelah berkali-kali pujuk nak beli balik,akhirnya berada di Reban Serama Krule jua,hehehehe

Pak Hitam


Antara anak-anak Pak Hitam


Ahad, 12 Mei 2013

First Time

Alhamdullilah,memang tak duga akan masuk mengeram,hehe Dara pure submerine yang dibeli dari rakan utara dah start mengeram 2 hari lepas.......memang tak bagi harapan sangat dara ini sebab just petang2 lepas sekali-sekala dengan BPR(Time tu tengah tumpu BPR dan Induk Sami) bertelur konsisten tapi tak sangka pulak bila cukup 6 biji terus masuk mengeram,hehe ini la namanya REZEKI......

Dari sumber Tuan dia memang dara ini PURE DARAH SUBMERINE,jadi tunggu jew la apa Hasilnya

MInta-minta la turun anak Cun,hehehe
Aminnnn

Isnin, 6 Mei 2013

BPR vs Induk Sami

BPR terkini,baru dimandikan(nak try Induk MERAK pulak)

Time bawa balik tarik sikit-sikit sahaja

Lepas masuk BPR makin lonjak dada dan Selam

Takut juga masalah untuk bertelor dan mengeram
tapi Alhamdullilah dah start mengeram khamis minggu lepas

Alhamdullilah sekali lagi kerana induk kesayangan tengah bawa anak baru sekarang


Ahad, 28 April 2013

Rm350 Sahaja

Anak kepada Induk Srikandi(Serama Taiping) dari info Tuan saya beli sebelum ini......Ayam gagah naik induk,nak jual kerana nak tumpu pengeluaran anak BPR sahaja,jadi dari terbiar baik jual murah-murah kepada sesiapa yang berminat :) Berminat mesej saya 0125452789
Nak Jual Rm350 sahaja





Selasa, 23 April 2013

Jualan

Salam,saya ada sepasang serama untuk dijual......Untuk jualan kali ini saya tak nak buat penghantaran,kalau berminat JEMPUT datang rumah

Sebelum datang call atau sms dulu k,takut takda di rumah
0125452789

Ahad, 14 April 2013

Induk Kesayangan






Alhamdullilah,Induk kesayangan saya dah start masuk mengeram hari ini( 7 biji telur )......spesial nya induk ini saya pernah masukkan berbagai-bagai jenis bapak,antaranya pak hitam(Tok Uban),6 jahanam(Kubing),Hussin,ringting dan yang paling latest BPR THE LEGEND......Buat masa ini anak nya tidak mengecewakan :) .....anak-anaknya memang dah nampak patern dari kecik dan alhamdullilah fedback dari buyer pun memuaskan,semua gembira(Terutama anak induk ini vs BPR) kebanyakkan selam dan lonjak dada.......

Alhamdullilah :)